Rabu, 20 Mei 2015

Pembinaan semula kediaman mangsa kebakaran Bangau-Bangau sedang dikaji-Nasir Sakaran:


Oleh:Arshad Hussin


MESRA PEMIMPIN...Nasir(dua kiri) diringi Abdul Manan(kiri);Mohd Salleh(tiga kanan dan Abdullah Sukka(kanan) menyampaikan sumbangan Pusat Zakat Sabah kepada salah seorang ketua keluarga mangsa kebakaran itu di Semporna.


SEMPORNA: Wakil Rakyat Semporna,Dato Sri Nasir Tun Sakaran bersama  Ketua Bahagian UMNO Semporna dan pemimpin-pemimpin daerah itu sedang mengkaji  serta merancang  untuk membina semula kediaman mangsa-mangsa kebakaran Kampung Bangau-Bangau di satu kawasan yang sesuai dan akan dikemukakan kepada pihak kerajaan.

Nasir berkata, usaha itu sedang dilaksanakan bagi mengenalpasti semua mangsa yang memiliki dokumen yang sah serta layak menerima bantuan pembinaan semula kediaman itu kelak.

BANTUAN PZS...Nasir(dua kiri) diringi Abdul Manan(kiri);Mohd Salleh(tiga kiri) dan Abdullah Sukka(kanan) menyampaikan bantuan PZS kepada salah seorang mangsa kebakaran di Semporna.
Beliau berkata demikian sempena majlis penyampaian bantuan mangsa kebakaran kali kedua Kampung Bangau-Bangau daripada Sumbangan Pusat Zakat Sabah.

Hadirsama sempena majlis itu Ketua Pegawai Pusat Zakat Sabah Bahagian Tawau,Abdul Manan Ahmad Hafidz;Pemimpin Pembangunan Masyarakat Senallang,Mohd.Salleh Lakani;Penolong Pegawai Pembangunan Daerah(ADDO),Haji Abdullah Sukka;Pegawai Khas Pengerusi SEDCO,Hj.Tahir Amir;Pengerusi Masjid Ar-Rahman,Hj.Mokthar Ahmad,Penghulu Haji Zainal Jalaludin;pemimin-pemimpin masyarakat tempatan dan kakitangan UPPM Senallang.

SALAM PEMIMPIN...Nasir(tengah) bersalaman dengan Abdul Manan(kiri) dan sebahagian pemimpin sempena majis itu di Dewan Inabah Kamal Semporna.

Nasir  yang juga Pengerusi SEDCO,turut memuji pengurusan Pusat Zakat Sabah yang kini semakin berkembang maju sekaligus mampu merealisasikan misi dan visi badan kerajaan itu untuk menjadi sebuah organisasi yang berdaya maju dalam pengurusan Zakat di Malaysia dan Serantau serta menyedarkan setiap orang Islam di negeri ini yang layak berzakat menunaikan kewajiban menunaikan zakat dan memartabatkan Asnaf serta meningkatkan syiar Islam di Sabah sekaligus mampu mengagihkan sumbangan zakat kepada asnaf-asnaf yang layak.

Sempena majlis itu seramai 80 orang Ketua Isi Rumah mangsa kebakaran menerima sumbang itu.
Sehubungan itu,Nasir yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,mengingatkan semua penerima sumbangan itu memanfaatkannya dengan baik untuk keperluan keluarga mereka serta membina kehidupan baru seepas mengalami musibah kebakaran rumah.

SOKONGAN MORAL...Sebahagian kaum ibu mangsa kebakaran tidak ketinggalan memberikan sokongan moral sempena majlis penyampaian bantuan mangsa kebakaran ke-2 Kampung Bangau-Bangau Semporna.
Katanya,kita hendaklah bersyukur kerana hidup dalam Negara yang aman dan makmur serta memiliki pemimpin-pemimpin yang prihati memeduli kebajikan rakyatnya.

Beliau menambah, rakyat juga  hendaklah sentiasa mengukuhkan perpaduan dan mempertahankan keharmonian sesauam kaum sebagi teras kepada kestabilan politik dan pembangunan Negara.

MANGSA KEBAKARAN...Sebahagian Ketua Keluarga mangsa kebakaran Kampung Bangau-Bangau turut memberikan sokongan padu sempena majlis itu di Semporna.
 
Selain itu,Nasir juga menasihatkan mangsa-mangsa kebakaran yang masih tinggal dalam khemah sementara di kampong itu sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan kawasan khemah serta mematuhi peraturan yang telah ditetapkan pihak kerajaan.

Kampung Bangau-Bangau yang terbakar pada awal pagi 25 Mac 2015 lalu itu melibatkan mangsa berdaftar seramai 397  KIR dan kebakaran kedua  melibatkan lebih 400 KIR.



    

Sabtu, 16 Mei 2015

Jangan buat andaian sendiri biar pucuk pimpinan selesaikan isu-Nasir Sakaran:

Oleh:ARSHAD HUSSIN

 TAWARAN PROJEK...Nasir(dua kanan) diiringi Gulam Rasul(tiga kanan);Mohd Salleh Lakani(dua kiri) dan Tahir Amir(kanan) menyampaikan Surat Tawaran Projek kepada OKK Musa Sabaani(kiri) sempena majlis itu di Pejabat Majlis Daerah Semporna.
SEMPORNA: Timbalan Ketua Bahagian UMNO Semporna,Dato Sri Nasir Tun Sakaran,menyarankan ahli-ahli UMNO tidak membuat  pelbagai andaian berhubung  pelbagai isu  yang kini melanda kepimpinan Negara sebaliknya menyerahkan kepada pucuk kepimpinan menyelesaikan masalah berkenaan.

Katanya,rakyat di peringkat akar umbi tidak seharusnya membuat rumusan sendiri  serta turut menyebarkan pelbagai fitnah melalui halaman sosial.

Nasir berkata,kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku dan seandainya kita turut membuat andaian sudah tentu ianya akan menjadi fitnah serta mengeruhkan lagi keadaan sedangkan kita sendiri tidak tahu pucuk pangkal isu tersebut.

    SOKONGAN PADU...Sebahagian ketua-ketua kampung dan pemimpin-pemimpin masyarakat yang sentiasa memberikan sokongan padu sempena majlis itu di Semporna.

Katanya,sebagai ahi parti,kita hendaklah sentiasa menzahirkan ketaatan serta kesetiaan kepada parti dan pucuk kepimpinan tanpa terikut-ikut membuat spekulasi yang boleh merosakkan perpaduan di kalangan ahli dan rakyat.

Ujarnya menambah,biarlah pucuk kepimpinan yang menyelesaikan masalah berkenaan kerana mereka lebih arif mengenai duduk perkara sebenar.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu pembelian hartanah oleh pihak Lembaga Tabung Haji (LTH) di Tun Razak Exchange (TRX) dari 1Malaysia Development Berhad sempena majlis penyampaian Surat Tawaran Projek-Projek Kecil peruntukan Adun Senallang 2015 di Pejabat MDS di sini.

        SURAT TAWARAN...Nasir (dua kiri) diringi Gulam Rasul (kiri)menyampaikan Surat Tawaran Peojek kepada Puan Rokiah Tampi(kanan) sempena majlis itu di Pejabat Majlis Daerah Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu Penolong Pegawai Daerah Semporna ,Gulam  Rasul Hapil; Ketua Daerah,OKK Haji Musa Sabaani;Penolong Pegawai Pembangunan Daerah(ADDO),Abdullah Sukka; Setiausaha Bahagian UMNO Semporna,Abd.Rashid Mamun; Pegawai Khas kepada Pengerusi Sedco,Tahir Amir serta pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan.

Sempena majlis itu Nasir menyampaikan Surat Tawaran Projek kepada 200 orang ketua-ketua Kampung,Ketua Cawangan dan pemimpin masyarakat DUN Senallang.

       LAKSANA PROJEK...Nasir(dua kiri) diringi Gulam Rasul(kiri);Tahir Amir(tiga kiri);Abd Rashid Mamun(tiga kanan) dan Abdullah Sukka(dua kanan) menyampaikan Surat Tawaran Projek kepada NC Lassim Gerawan(kanan) sempena majlis itu di Semporna.

Berhubung isu keselamatan di daerah itu,Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Senallang, mengucapkan terima kasih kepada pihak keselamatan yang selama ini bertungkus lumus memastikan keselamatan daerah itu.

“ kita yakin kepada kemampuan anggota keselamatan kita mengawal keadaan keselamatan di sini dan ianya juga telah memberi keyakinan kepada rakyat khususnya kaum nelayan bergerak bebas tanpa ragu-ragu mencari nafkah di tengah laut,” kata Nasir.

Sehubungan itu,Nasir  mengajak rakyat bersyukur dengan keadaan Negara yang aman makmur dan selamat di bawah kepimpinan Perdana Menteri ,Dato Seri Mohd Najib Razak yang berkerja keras memastikan rakyat sentiasa menikmati kehidupan yang selamat disamping menikmati tahap ekonomi yang mapan berbanding Negara lain di dunia.

         PENERIMA PROJEK...Sebahagian ketua-ketua Kampung dan ketua cawangan turut memberikan sokongan moral sempena majlis Penyampaian Surat Tawaran Projek-Projek Kecil Adun Senallang di Pejabat Majlis Daerah Semporna.


Sabtu, 25 April 2015

Malam Gala Drzky Cipta seribu kenangan tuju kejayaan-Che Ku Ahmad Amir



  KEK ULANGTAHUN...Tim.Speaker DUN Sabah,Datuk Jhonny Mositun(empat kanan) bersama Presiden & CEO Drzky,Che Ku Ahmad Amir(lima kanan);Ketua Pegawai Operasi,Mohd Shukri Abdul Rahim(kanan);Ketua Pegawai Pentadbiran,Mansor Hj.Salam(dua kanan);Pengarah Pembangunan Perniagaan,Ardzed Kachong Maarof(lima kiri);Pengarag Perhubungan Perniagaan & IT,Nor Tarmidi Md Nor(empat kiri)dan Pengarah Eksekutif Byunature(M) Sdn.Bhd,Mohd Farisham Aplop(dua kiri) memotong kek ulangtahun pertama penubuhan syarikat Drzky International sempena Malam Gala D'Rzky di Beringgis Resort,Papar.



Oleh:ARSHAD HUSSIN
PAPAR: Malam Gala Ulangtahun Pertama DRZKY International yang dilangsungkan di salah sebuah resort  baru-baru ini  telah memberikan suntikan semangat kepada semua ahli-ahli perniagaan untuk terus berjaya dan mencipta sejuta kenangan yang sukar dilupakan.


CHE KU AHMAD AMIR
 Meskipun pelbagai cabaran dan dugaan dihadapi sejak penubuhan syarikat DRZKY International namun,berkat kesepakatan dan sikap professional semua ahli telah berjaya mengangkat nama syarikat itu ke mercu kejayaan gemilang.

Ini dapat dibukti dengan kemeriahan dan kejayaan Malam Gala dan penyampaian anugerah kepada kesemua Core Leader serta ahli-ahli yang mencapai pendapatan lima dan empat angka dalam waktu begitu singkat.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif,Syarikat DRZKY International  Sdn Bhd,Che Ku Ahmad Amir,menjelaskan atas kepercayaan yang diberikan semua ahli ,beliau bersama pasukan eksekutif akan terus berusaha menambahbaik sistem pentadbiran dengan lebih efesyen serta mampu memberikan keuntungan lebih kepada semua ahli.


Katanya,apa yang penting sikap toleransi perlu ada di kalangan ahli serta sama-sama bekerja memajukan perniagaan yang semakin mendapat tempat serta kepercayaan di hati pelbagai lapisan masyarakat di zon Borneo malah di luar Negara termasuk di Negara Brunei Darussalam.

“Kita yakin dengan komitmen jitu semua ahli, tidak mustahil perniagaan ini akan terus berkembang maju serta memberikan pulangan yang terbaik dan mampu menyelesaikan masalah kewangan yang kita hadapi sebelum ini,” kata Che Ku Ahmad.


         DRZKY TERBAIK...Presiden & CEO Drzky International,Che Ku Ahmad Amir(tiga kanan) mengabadikan kenangan bersama core leader Kuching,Ismail Hj.Ali(tiga kiri);Melia Awang(tengah);Core Leader Borneo,Zaiton Awang(tiga kanan dan ahli-ahli Drzky Sarawak sempena Malam Gala Ulang Tahun Pertama Drzky International Sdn Bhd di Beringgis Resort,Papar.

Che Ku Ahmad berkata demikian sempena majlis Malam Gala dan Ulangtahun Pertama Syarikat DRZKY International Sdn Bhd di Beringgis Resort dekat sini baru-baru ini.

Hadirsama selaku tetamu kehormat,Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah,Datuk Johnny Mositun;Pengarah Pembangunan Perniagaan,Ardzed Kachong Maarof;Pengarah Perhubungan Perniagaan & IT,Nor Tamidi Md.Nor; Ketua Pegawai Operasi Drzky,Mohd Shukri Abdul Rahim;Ketua Pegawai Pentadbiran,Mansor Hj.Salam; Pengarah Eksekutif Byunature(M) Sdn.Bhd,Mohd Farisham Aplop ; Pengurus Cawangan Drzky Borneo,Mohd.Azri Mohamed Ridzwan,Core-Core Leader dari Kuching,Sarawak;Pantai Barat Utara;Pantai Barat Selatan;Pantai Timur;Padalaman  Atas dan Padalaman Bawah.


         PENERIMA ANUGERAH...Mohamad Bidin Musa(tiga kiri);Winifred Jouny(tiga kanan);Mahmmud Kunaini Jamali(dua kiri);jidy Danis(kanan);Wong Sin Pa(dua kanan) dan Ak.Khanapiah Pg.Wahab(kiri) bersama anugerah masing-masing sempena Malam Gala Drzky International di Beringgis Resort,Papar.

Che Ku Ahmad,berkata berdasarkan komitmen jitu semua ahli beliau berharap perniagaan itu akan terus berkembang maju terutamanya di kawasan Borneo.

Apa yang penting,katanya ialah semua ahli hendaklah membangunkan perniagaan Drzky International dengan cara yang betul dan berlandaskan sistem yang diperkenalkan oleh syarikat.

TOP LEADER SIBU...Mahmmud Kunaini Jamali(kiri) turut menerima Anugerah 5K disampaikan Ketua Pegawai Operasi,Mohd Shukri Abdul Rahim(tengah) disaksikan Mohd.Azri Mohamed Ridzwan sempena malam Gala Ulangtahun Drzky International Sdn Bhd di Beringgis Resort Papar

Che Ku Ahmad,menambah kejayaan dalam perniagaan drzky bukan sahaja kejayaan syarikat tetapi juga kejayaan berkongsi produk-produk Drzky bersama para usahawan bumiputera disamping mampu menyelesaikan kehidupan rakyat yang lebih sihat sambil mendapat faedah kewangan untuk meningkatkan lagi taraf kehidupan yang lebih baik  kepada masyarakat peserta.


       BEST OF D'BEST...Puan Winifred Jouny (tengah) diringi Jidy Danis(kanan) menerima Anugerah Best of The Best Drzky Borneo sempena malam Gala itu di Beringgis,Papar.

Sehubungan itu, Che Ku Ahmad Amir,berkata  dalam perniagaan Drzky, para peserta mampu memperkasakan pendapatan serta  membuat kehidupan mereka sendiri lebih bermakna,sama ada mereka yang bercita-cita melakukan perubahan kecil atau secara signifikan meningkatkan taraf hidup, Drzky boleh  membantu mencapai impian menjadi kenyataan dengan syarat melakukannya dengan penuh tabah serta bijak memanfaatkan peluang dan ruang seiring pengalaman kerjaya individu itu sendiri.

Sempena majlis gilang gemilang itu,pelbagai acara diadakan termasuklah penyampaian Anugerah Penghargaan kepada Core Leader Borneo;Anugerah Gemilang kepada lima Core Leader yang mencapai pendapatan tertinggi lima angka; Anugerah Gemilang kepada enam Core Leader yang mencapai pendapatan enam angka;Cabutan tikit bertuah dan Anugerah Best of The Best Drzky Borneo.


    TOKOH DRZKY 2015...Mohd Azri Mohammed Ridzwan(kanan) menerima Anugerah Tokoh Drzky International 2015 disampaikan Presiden & Ceo Drzky,Che Ku Ahmad Amir(kiri) sempena Malam Gala Drzky International di Beringgis Resort,Papar.
Antara penerima Anugerah Tertinggi lima angka didahulu,Mohamad Bidin Musa (RM68,885.00);Puan Winifred Jouny(RM26,655.00);Mahmud Kunanini Jamali(RM22,861.25);Jidy Danis(RM11,155.00);Dennysius Dunatus(RM11,107.50) dan penerima Anugerah empat angkat,Madam Wong Sin Pa(RM6,412.50);Alimah Ahmad(RM5,957.50);Kusnah Kasman(RM5,752.00);Asnah Amat(RM5,320.00);Ak Khanapiah Pg.Wahab(RM5,035.00).
Sementara Anugerah Best of The Best Drzky International diberikan kepada Puan Winnifred Jouny.


         PENERIMA ANUGERAH...Mohamad Bidin Musa(tiga kiri);Winifred Jouny(tiga kanan);Mahmmud Kunaini Jamali(dua kiri);jidy Danis(kanan);Wong Sin Pa(dua kanan) dan Ak.Khanapiah Pg.Wahab(kiri) bersama anugerah masing-masing sempena Malam Gala Drzky International di Beringgis Resort,Papar.


         TETAMU KEHORMAT...Tim.Speaker DUN Sabah,Datuk Johnny Mositun(kiri) selaku tetamu kehormaat menerima cendera kenangan disampaikan Mohd.Azri Mohamed Ridzwan sempena malam Gala Ulangtahun Drzky International Sdn Bhd di Beringgis Resort Papar.




         TOKOH DRZKY 2015...Mohd Azri Mohammed Ridzwan(kanan) menerima Anugerah Tokoh Drzky International 2015 disampaikan Presiden & Ceo Drzky,Che Ku Ahmad Amir(kiri) sempena Malam Gala Drzky International di Beringgis Resort,Papar.


          MERIAH DRZKY....Sebahagian Core Leader Drzky Kuching dan ahli-ahli drzky4all.com yang turut memeriahkan majlis Malam Galah Ulang Tahun Drzky International di Beringgis,Papar.